SAMBUTAN 30 TAHUN DASAR PANDANG KE TIMUR
Bersempena sambutan 30 tahun Dasar Pandang ke Timur (DPT 30), pihak Universiti Malaya, dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS), Kedutaan Jepun, Kedutaan Korea (cadangan), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Selangor (UNISEL), Institut Bahasa TEIKYO, Japan Foundation Kuala Lumpur dan Koperasi Alumni Asuhan Jepun (KOOPAAJ) telah menubuhkan satu jawatankuasa penganjuran Bengkel dan Seminar DPT 30.
Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya telah diberi penghormatan untuk menjadi penganjur utama acara Bengkel dan Seminar tersebut. Acara ini diharapkan dapat memberi ruang kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Dasar Pandang ke Timur untuk berkumpul, bertemu, bertukar pendapat serta menjalinkan kerjasama.
Berita dan Maklumat Terkini
★ 17 Disember 2011 Bengkel Sambutan 30 Tahun Dasar Pandang ke Timur
Kompleks Pusat Asasi Sains
Universiti Malaya
★ 16 Jun 2012 Seminar DPT 30
Is this your website? If so, you can prevent this footer from being displayed by upgrading your account. Click here to upgrade now.